KUALA LUMPUR – Pencalonan semula Dr S Streram bagi mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil Rantau adalah kerana beliau dinafikan hak untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke -4, Mei lalu.

Menurut Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, itu prinsip yang dipegang gabungan itu apabila memutuskan untuk menamakan Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau itu bagi berdepan dengan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan 13 April ini.

“Kita kena pegang kepada prinsip iaitu kita dapati bahawa calon dulu adalah orang tertentu kerana penipuan maka dia kalah.

“Sekarang didapati PRU di kawasan itu dibatalkan dan diadakan PRK untuk menentukan siapa sebenarnya yang patut jadi wakil rakyat disitu. Jadi orang yang lama diletakkan di situ,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

MGF12032019_PARLIMEN_20

Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap kepada media pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 12 MAC 2019

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pencalonan Streram di ibu pejabat parti itu semalam.

Anwar berkata Dr Streram dipilih berdasarkan beberapa kriteria utama iaitu kelayakan akademik, rekod kerja, pengalaman selaku penyelaras DUN Rantau.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar Ibrahim Umum ‘Streram Sinnasamy’ Calon PRK Dun Rantau

Beliau berkata, pihaknya juga mengambil kira faktor janji PKR untuk memberikan kerusi DUN Rantau selepas memindahkan kerusi dari DUN Jeram Padang ke Rantau yang mempunyai kira-kira 27 peratus pengundi India, pada PRU lalu.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Dr Streram dilihat mampu untuk melawan Mohamad Hasan yang mempunyai karisma yang besar.

“Kita pegang kepada prinsip dia lawan dengan bekas Menteri Besar, calon PH tidak besar macam calon BN. Kita terpaksa juga letak calon yang lama,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: