KUALA LUMPUR – Nampaknya pelakon Nelydia Senrose akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Ini terbukti apabila Nik Zaris Nelydia Nik Sen mengadakan majlis bakal pengantin yang diadakan di sebuah hotel semalam.

Turut memuatnaik beberapa keping gambar dan video di Instagram Story adalah kakanya, Uqasha Senrose.

Antara kelibat yang dilihat menghadiri majlis itu termasuk kakaknya, Uqasha Senrose; adiknya, Raysha Rizrose serta sepupu, Aprena Manrose.

Dipetik berkata daripada BH Online, Nelydia mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat namun enggan berkongsi tarikh.

“Ya, saya bakal menamatkan zaman bujang, tidak lama lagi,” katanya.

Nelydia berharap agar majlis perkahwinannya berjalan lancar.

“Insya-Allah, semoga yang dirancang (majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan) akan dipermudahkan,” tambahnya.

Tahun lalu, pelakon drama Encik Suami Mat Salih Celup ini memuat naik foto sebentuk cincin di jari manisnya dan kemudian mengaku ia adalah pemberian seorang jejaka bernama Hafezseorang. – MalaysiaGazette