Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz hari ini memohon maaf secara terbuka kepada kepimpinan dan ahli Pas di atas ‘permusuhan’ politik antara dua parti Melayu terbesar itu sejak 60 tahun lalu.

Johan selaku Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Semenyih berkata, ‘permusuhan’ dua parti Melayu ini perlu ditamatkan demi kepentingan dan masa depan orang Melayu Islam.