KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan parti itu keluar dari pada Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

Menerusi status di Facebook miliknya, beliau memberitahu semuanya berpunca daripada kalangan parti komponen itu yang menolak agenda Islam di negara ini.

“Semalam berceramah di Muar, tempat bersejarah bagi Pas. Di sini para ulama bermuzakarah tentang kedudukan Islam sehingga tercetusnya cadangan penubuhan Pas.

“Saya berkongsi cerita kenapa Pas bertelingkah dalam Pakatan Rakyat dahulu. Tidak lain tidak bukan kerana mereka menentang agenda Islam yang kita mahu laksanakan.

“Saya juga pernah berhujah dengan Saudara Lim Kit Siang dan Saudara Anwar Ibrahim mengenai pilihan raya kerajaan tempatan (PBT) yang tidak boleh dilaksanakan kerana akan menimbulkan ketegangan kaum. Namun mereka tetap masukkan dalam manifesto, dan Pas tidak setuju,” tulisnya.

Pada 2015, Pas memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP dan Muktamar parti ke-63 yang bersidang di Alor Setar sebulat suara meluluskan usul memutuskan kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). – MalaysiaGazette