PARIS/SAN FRANCISCO – Pengawal selia persaingan Perancis mengarahan Alphabet Inc milik Google menyemak semula dasar dan prosedur yang menghalang sesetengah jenis iklan.

Katanya, tindakan yang telah diambil terhadap sebuah firma Perancis, Amadeus adalah satu langkah anti-persaingan.

Menurut Google, mereka sedang menyemak semula arahan pihak pengawal selia tersebut dan telah membuat satu injunksi awal.

Google selaku enjin carian terbesar di Perancis dan kebanyakan negara di dunia menghadapi pemantauan ketat daripada badan-badan pengawal selia berhubung isi kandungan yang dipromosikannya di dalam hasil carian dan iklan.

Badan pengawal selia mengeluarkan arahan tersebut sebagai injunksi awal sementara ia menyemak semula sama ada Google telah melakukan sikap anti-persaingan atau tidak.-Agensi