Jutaan rakyat Amerika Syarikat terpaksa berada dalam keadaan sejuk seperti Antartika dengan suhu di bawah 49 celcius yang hampir melumpuhkan U.S Midwest dan menyebabkan sekurang-kurangnya 21 kematian.

Walaupun cuaca diramalkan lebih hangat berbanding sebelum ini namun masih memberi kelegaan kepada golongan tertentu seperti gelandangan dan orang tua.

Pegawai-pegawai kesihatan seluruh negara mengaitkan sebab kematian dengan suhu yang terlampau sejuk.

Jumlah kematian meningkat apabila sekurang-kurangnya sembilan orang lagi di Chicago dilaporkan meninggal akibat kecederaan disebabkan cuaca terlalu sejuk, kata Stathis Poulakidas, seorang doktor di Hospital John H. Stronger Jr.

Beliau yang merupakan pakar trauma berkata, hospital berkenaan telah menerima kira-kira 25 mangsa frostbite minggu ini.

Kebanyakan kes terpaksa melibatkan pemotongan jari tangan atau kaki bagi menyelamatkan mangsa.-Agensi